LEMBAGA PENGAWAS, SEKOLAH SUKAN NEGERI MELAKA SMK SERI KOTA

BOARD OF PREFECT, MALACCA STATE SPORT SCHOOL, SERI KOTA SECONDARY SCHOOL.

wELCOME


I made this widget at MyFlashFetish.com.

SELAMAT DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pada tahun 1972, kawasan perkuburan Cina Bukit Kelian di kawasan Air Leleh dimajukan untuk mendirikan sebuah sekolah menengah rendah. Sekolah ini diperlukan untuk menampung bilangan pelajar menengah yang semakin meningkat di selatan bandar Melaka.
Pada 3 Januari 1974, bermulalah Sekolah Menengah Rendah Air Leleh (SMAL) dengan pelajar peneroka seramai 396 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Sekolah baru ini mempunyai tenaga pengajar seramai 15 orang guru dan berjalan pada sidang pagi sahaja.

Pengetua SMAL yang pertama ialah En. Visvanathan dan Guru Penolong Kanan pertama ialah En. Wee Hoe Cheng. Sebelum bangunan SMAL siap dibina, En. Visvanathan ditugaskan di pejabat Pendidikan Melaka untuk merancang dan membuat segala persediaan kurikulum dan fizikal SMAL.

En. Wee berkhidmat di SMAL hingga 1979. Pada tahun 1980, beliau mula berkhidmat di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Baruh, Jasin sebagai Guru Penolong Kanan. Menurut beliau, pada mulanya SMAL tiada padang dan pelajar-pelajar terpaksa menggunakan padang Sekolah Menengah Kebangsaan Yok Bin.

Memulakan sebuah sekolah adalah satu tugas yang amat berat dan rumit. Pentadbir-pentadbir awal sekolah ini telah dicabar oleh beberapa masalah dan halangan tetapi mereka telah berjaya mengatasi segala-segalanya.

Setahun selepas SMAL dimulakan, iaitu pada tahun 1975, jumlah pelajar telah meningkat kepada 747 orang pelajar dan mempunyai 19 buah kelas (3 kelas Peralihan, 9 kelas Tingkatan Satu dan 7 kelas Tingkatan Dua). Bilangan guru juga bertambah daripada 15 orang kepada 25 orang. Disebabkan masalah kekurangan bilik darjah, sekolah ini menjalankan 2 sidang pembelajaran di mana Tingkatan Satu menjalankan pembelajaran pada sebelah petang.

Pada tahun 1976, buat kali pertamanya, 172 daripada 396 orang pelajar yang telah mengambil peperiksaan L.C. E. 72.3% daripada pelajar ini telah lulus dan mendapat Pangkat ‘A’. Kesemua mereka dihantar ke Sekolah Tinggi Melaka, Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dan Sekolah Menengah C.H.I.J. untuk mendapatkan pendidikan menengah atas kerana SMAL belum membuka kelas Tingkatan 4 & 5.

Pada tahun 1980, SMAL telah dinaikkan taraf sebagai Sekolah Menengah Penuh apabila dua buah kelas Tingkatan 4 yang terdiri daripada satu kelas Perdagangan dan satu kelas Sastera dibuka. Pelajar-pelajar ini merupakan ‘batch’ pertama mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1981.

Pertukaran nama baru SMAL kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota mendapat restu kerajaan negeri Melaka pada tahun 1982. Oleh itu, mulai 9 Februari 1982, nama Sekolah Menengah Air Leleh telah ditukarkan dengan rasmi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota. Seterusnya, pada tahun 1996, tiga kelas 4 aliran Sains dengan 85 orang pelajar telah dibuka.

Satu lagi peristiwa penting telah berlaku dalam sejarah SMKSK pada tahun 1988 apabila dua buah kelas Tingkatan 6 Sastera dibuka. Seramai 69 orang pelajar menjadi perintis dan dengan ini, taraf SMKSK dinaikkan ke peringkata gred A.

Setakat hari ini, SMKSK mempunyai lebih kurang 1200 orang pelajar, 103 orang guru dan 23 orang pekerja. Dari segi fizikal, SMKSK mengandungai buah bilik darjah dan ruang-ruang yang sedia ada sebagai kemudahan pengajaran. Surau dan bilik tayangan telah diubahsuai dan diperluaskan. Bilik tayangan menjadi tumpuan utama bagi kursus-kursus yang akan dijalankan.

Ramai juga di antara bekas pelajar-pelajar SMKSK yang kini telah berjaya dalam kehidupan mereka. Kelas Khas ditubuhkan pada tahun 1997. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada butang LINK SCHOOL SPECIAL INTEGRATION CLASS

Pada tahun 2010 pula, SMKSK telah dinaiktarafkan kepada Sekolah Sukan Negeri Melaka SMK Seri Kota. Setakat hari ini, SSN SMKSK mempunyai lebih kurang 883 orang pelajar, 101 orang guru dan 15 orang pekerja. Dari segi fizikal, SSN SMKSK mengandungi 42 buah bilik darjah dan ruang-ruang yang sedia ada sebagai kemudahan pengajaran. Surau dan bilik tayangan telah diubahsuai dan diperluaskan. Bilik tayangan dan makmal komputer menjadi tumpuan utama bagi pelbagai aktiviti pembelajaran serta kursus-kursus yang akan dijalankan.

SSN SMKSK yang pada tahun ini berusia 39 tahun, telah mengalami banyak detik-detik pahit dan manis. SSN SMKSK telah mencapai pelbagai kejayaan baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Berikut adalah merupakan senarai nama pengetua SSN SMKSK:-

SENARAI NAMA PENGETUA SMKSK
SEMENJAK 1974
TAHUN
PENGETUA
1974 -1979
En. C. Visvanathan, A.M.N., PJK
1980 - 1981
En. Alias Bin Abd. Ghani, P.J.K.
1982 - 1985
Tuan Haji Ismail Bin Bachik
1986
Tuan Haji Abdul Rashid Bin Haji Yaakop
1987 - 1988
Tuan Haji Othman Bin Haji Rejap
1989 - 1991
Encik Seow Kim Swee
1992 - 1994
En. Chong Teng Wan
1995
En. Yee Jin Gee
1996 - 2001
En. Song Kuan Kong
2002 - 2007
En. Tai Pon Hoy
2007 - 2008
En. Ramli Bin Othman
2008 - sekarang
En. Othman Bin Sagap

Clock

About Me

Life is just like a stage. We will choose the ending part whether happy part or sad part. Our fate is depend on us. Hello all, 안녕하세요(annyeonghaseyo).. ^^ My english name is Marcus. Korean name is 마커스(Makeoseu). Call me Mako I'm 18 year old (2012) Gonna start a new challenge at TARCollege. Study Diploma In Science for 2 year. Is nice to meet you all.. \(^,^)/ Would like to be my follower... I will appreciate, Thank >< 감사합니다 (gamsahapnida).. Love you all ^^

Melaka

Melaka

SSNM Seri Kota

SSNM Seri Kota
1. Buku : Melambangkan ilmu pengetahuan. 2. Tembok berkemuncak : Itulah kota yang berseri sebagai IMEJ atau kecemerlangan sekolah yang mesti dipertahankan sepanjang zaman. 3. Bulatan roda bergigi dan alat Sains : Melambangkan Sains dan Teknologi. 4. Garisan-garisan lurus : Membawa erti asas disiplin yang harus dipatuhi sentiasa. 5. Warna biru : Perpaduan. hijau : Kemakmuran kuning : Kekeramatan putih : Bersih dan ilmu yangmanfaat kepada manusia. 6. Gerakan aktiviti sukan : Pertumbuhan anggota badan yang dilatih sekali gus dengan didikan pembangunan rohani iaitu kepatuhan menerima nilai-nilai mulia dan murni.

Lagu Sekolah

Seri Kota Sekolah Kami
Para Pelajarnya Bersatu Hati
Tuntut Ilmu Untuk Berdikari
Rajin dan Usaha Bersemangat Tinggi


Berdisiplin, Berdedikasi
Cogan Kata Untuk Berjaya
Kami Ikrar, Kami Janji
Mencapai Cita Untuk Berjasa

Seri Kota Kemegahan Kami
Tegak Harum Untuk Berbakti
Pada Nusa Dan Ibu Pertiwi
Semoga Jasanya Kekal Abadi


Lagu: Kamaruddin A Samah
Lirik: Hj Rashid Hj Yaakop

Visi

SSNM SMK Seri Kota
sekolah cemerlang
atlet terbilang
menjelang 2015

MISI

Menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif

Mewujudkan budaya kerja cemerlang

Meningkatkan prestasi pelajar pada tahap optimumdalam semua bidang

Memantapkan sahsiah kendiri pelajar agar menjadi insan yang cemerlang seimbang dan berketrampilan

Melahirkan atlet-atlet cemerlang

Followers

My Playlist

MarcusGuan. Powered by Blogger.

Recent Posts

Introduction

Recent Comments

Cute Penguin