LEMBAGA PENGAWAS, SEKOLAH SUKAN NEGERI MELAKA SMK SERI KOTA

BOARD OF PREFECT, MALACCA STATE SPORT SCHOOL, SERI KOTA SECONDARY SCHOOL.

wELCOME


I made this widget at MyFlashFetish.com.

SELAMAT DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.



Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Seiring dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, pendidikan dan profesionalisme keguruan memikul tanggungjawab memberikan pendidikan berkualiti, membentuk masyarakat berpengetahuan dan produktif bersesuaian dengan perubahan dan kemajuan yang berlaku dalam alaf digital ini. Guru perlu
 menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan peningkatan kompetensi yang akan menjadi kerangka tindakan perubahan bagi memantapkan kualiti perkhidmatan guru mengikut arus perubahan perdana yang berlaku dalam revolusi pendidikan. Warga pendidik yang menjadi pelaksana dasar pendidikan negara perlu sentiasa bersedia mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan baharu bagi membolehkan mereka menjalankan peranan sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Inovasi dan idea-idea baharu yang kreatif dan inovatif perlu dicetuskan oleh guru dalam organisasi sekolah dan pendidikan supaya guru dapat mengaplikasikannya sebagai asas untuk membina dan mengembangkan potensi manusia.



Kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan menggunakan petunjuk-petunjuk prestasi utama atau key performance indicators (KPI) diterapkan dalam organisasi sekolah sebagai satu strategi pengurusan. Tuntutan terhadap sekolah dalam kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin yang baik, amalan-amalan pengurusan, kepimpinan dan kompetensi guru yang tinggi memerlukan sekolah menggunakan strategi yang berasaskan prestasi. Usaha ini perlu bagi penambahbaikan kualiti pendidikan di sekolah sekali gus menyumbang ke arah keberkesanan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang berwibawa.
Sistem pendidikan di Malaysia perlu berdaya saing dalam dunia siber ini dari segi peranan, sumbangan, imej, status, dan matlamat perjuangan dalam bidang pendidikan. Globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru tentang perancangan strategik dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penerokaan maklumat melalui ICT, dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan. Selaras dengan trasfomasi yang berlaku, profesion keguruan memerlukan guru yang memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini demikian kerana guru menjadi tenaga penggerak ke arah pembangunan manusia, menjadi perintis terhadap perubahan sosial, menjadi pelaksana dasar-dasar baharu dan bertanggungjawab bagi merealisasikan matlamat wawasan negara.
Akhir kata, sekalung tahniah saya dedikasikan kepada semua warga SSN SMK Seri Kota terutamanya kepada Web Master dan warga kerja Pembagun Portal Rasmi Sekolah yang telah berusaha untuk sentiasa mengemaskinikan  laman web ini.
Pembinaan laman web sekolah adalah penting untuk memaparkan kecemerlangan dan imej sesebuah institusi pendidikan.
Sekian, terima kasih.
En OTHMAN BIN SAGAP
Pengetua,
SSN SMK Seri Kota, Melaka.

Clock

About Me

Life is just like a stage. We will choose the ending part whether happy part or sad part. Our fate is depend on us. Hello all, 안녕하세요(annyeonghaseyo).. ^^ My english name is Marcus. Korean name is 마커스(Makeoseu). Call me Mako I'm 18 year old (2012) Gonna start a new challenge at TARCollege. Study Diploma In Science for 2 year. Is nice to meet you all.. \(^,^)/ Would like to be my follower... I will appreciate, Thank >< 감사합니다 (gamsahapnida).. Love you all ^^

Melaka

Melaka

SSNM Seri Kota

SSNM Seri Kota
1. Buku : Melambangkan ilmu pengetahuan. 2. Tembok berkemuncak : Itulah kota yang berseri sebagai IMEJ atau kecemerlangan sekolah yang mesti dipertahankan sepanjang zaman. 3. Bulatan roda bergigi dan alat Sains : Melambangkan Sains dan Teknologi. 4. Garisan-garisan lurus : Membawa erti asas disiplin yang harus dipatuhi sentiasa. 5. Warna biru : Perpaduan. hijau : Kemakmuran kuning : Kekeramatan putih : Bersih dan ilmu yangmanfaat kepada manusia. 6. Gerakan aktiviti sukan : Pertumbuhan anggota badan yang dilatih sekali gus dengan didikan pembangunan rohani iaitu kepatuhan menerima nilai-nilai mulia dan murni.

Lagu Sekolah

Seri Kota Sekolah Kami
Para Pelajarnya Bersatu Hati
Tuntut Ilmu Untuk Berdikari
Rajin dan Usaha Bersemangat Tinggi


Berdisiplin, Berdedikasi
Cogan Kata Untuk Berjaya
Kami Ikrar, Kami Janji
Mencapai Cita Untuk Berjasa

Seri Kota Kemegahan Kami
Tegak Harum Untuk Berbakti
Pada Nusa Dan Ibu Pertiwi
Semoga Jasanya Kekal Abadi


Lagu: Kamaruddin A Samah
Lirik: Hj Rashid Hj Yaakop

Visi

SSNM SMK Seri Kota
sekolah cemerlang
atlet terbilang
menjelang 2015

MISI

Menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif

Mewujudkan budaya kerja cemerlang

Meningkatkan prestasi pelajar pada tahap optimumdalam semua bidang

Memantapkan sahsiah kendiri pelajar agar menjadi insan yang cemerlang seimbang dan berketrampilan

Melahirkan atlet-atlet cemerlang

Followers

My Playlist

MarcusGuan. Powered by Blogger.

Recent Posts

Introduction

Recent Comments

Cute Penguin