LEMBAGA PENGAWAS, SEKOLAH SUKAN NEGERI MELAKA SMK SERI KOTA

BOARD OF PREFECT, MALACCA STATE SPORT SCHOOL, SERI KOTA SECONDARY SCHOOL.

wELCOME


I made this widget at MyFlashFetish.com.

SELAMAT DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.


  SEMADAH BICARA
KETUA PENGAWAS
SSNM SMK SERI KOTA




Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia,

          Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada ahli-ahli sidang redaksi kerana telah berjaya meneruskan kesinambungan penerbitan majalah tradisi sekolah ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata untuk dimuatkan dalam majalah ini.
           Pada era globalisasi ini , pencapaian yang cemerlang dan seimbang dalam bidang akademik serta kokurikulum oleh anak anak merupakan harapan ibu bapa sebagai langkah untuk menjamin masa depan anak-anak yang cerah. Hal ini menyebabkan ramai anak yang mengalami tekanan kerana ingin memuaskan kehendak ibu bapa mereka .Oleh itu, remaja yang terlibat dalam masalah disiplin ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini menyebabkan remaja mencari jalan untuk menghilangkan tekanan.
           Di samping itu , disiplin merupakan kunci kejayaan diri . Anak muda pada masa kini antikokurikulum dan antipeperiksaan kerana mereka tidak dapat mencari keseronokan yang mereka kira seronok . Misalnya , mereka ponteng sekolah semasa dikehendaki untuk menghadiri aktiviti kokurikulum dan hanya hadir pada hari peperiksaan sahaja.Pelajar haruslah menunjukkan muhasabah disiplin diri yang tinggi dan harus memperbaik sikap yang buruk kerana buang yang keruh , ambil yang jernih .
           Tuntasnya , masalah disiplin pelajar dapat dikawal tetapi memerlukan usaha yang pragmatik dan kerjasama bagai aur dengan tebing oleh semua pihak . Pepatah Melayu sentiasa berbunyi ‘pemuda harapan bangsa , pemudi tiang negara , remaja harus diasuh untuk menjadi pemimpim negara yang berketerampilan dan berwibawa .
           Saya yakin bahawa remaja ialah aset negara dan mereka akan menerajui dan mendukung cita-cita negara pada masa depan dengan sikap disiplin yang utuh dalam diri mereka .

Sekian terima kasih,
    Marcus
MARCUS GUAN TECK WAI
Ketua Pengawas Sekolah,
SSNM SMK Seri  Kota,
Melaka 

Clock

About Me

Life is just like a stage. We will choose the ending part whether happy part or sad part. Our fate is depend on us. Hello all, 안녕하세요(annyeonghaseyo).. ^^ My english name is Marcus. Korean name is 마커스(Makeoseu). Call me Mako I'm 18 year old (2012) Gonna start a new challenge at TARCollege. Study Diploma In Science for 2 year. Is nice to meet you all.. \(^,^)/ Would like to be my follower... I will appreciate, Thank >< 감사합니다 (gamsahapnida).. Love you all ^^

Melaka

Melaka

SSNM Seri Kota

SSNM Seri Kota
1. Buku : Melambangkan ilmu pengetahuan. 2. Tembok berkemuncak : Itulah kota yang berseri sebagai IMEJ atau kecemerlangan sekolah yang mesti dipertahankan sepanjang zaman. 3. Bulatan roda bergigi dan alat Sains : Melambangkan Sains dan Teknologi. 4. Garisan-garisan lurus : Membawa erti asas disiplin yang harus dipatuhi sentiasa. 5. Warna biru : Perpaduan. hijau : Kemakmuran kuning : Kekeramatan putih : Bersih dan ilmu yangmanfaat kepada manusia. 6. Gerakan aktiviti sukan : Pertumbuhan anggota badan yang dilatih sekali gus dengan didikan pembangunan rohani iaitu kepatuhan menerima nilai-nilai mulia dan murni.

Lagu Sekolah

Seri Kota Sekolah Kami
Para Pelajarnya Bersatu Hati
Tuntut Ilmu Untuk Berdikari
Rajin dan Usaha Bersemangat Tinggi


Berdisiplin, Berdedikasi
Cogan Kata Untuk Berjaya
Kami Ikrar, Kami Janji
Mencapai Cita Untuk Berjasa

Seri Kota Kemegahan Kami
Tegak Harum Untuk Berbakti
Pada Nusa Dan Ibu Pertiwi
Semoga Jasanya Kekal Abadi


Lagu: Kamaruddin A Samah
Lirik: Hj Rashid Hj Yaakop

Visi

SSNM SMK Seri Kota
sekolah cemerlang
atlet terbilang
menjelang 2015

MISI

Menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif

Mewujudkan budaya kerja cemerlang

Meningkatkan prestasi pelajar pada tahap optimumdalam semua bidang

Memantapkan sahsiah kendiri pelajar agar menjadi insan yang cemerlang seimbang dan berketrampilan

Melahirkan atlet-atlet cemerlang

Followers

My Playlist

MarcusGuan. Powered by Blogger.

Recent Posts

Introduction

Recent Comments

Cute Penguin