Esok, 3.1.2011 sudah buka sekolah. Mesti ramai pelajar yang berkuku panjang, rambut panjang, rambut berwarna, tiada tali leher dan rencana sekolah. Para pengawas harus ambil perhatian terhadap masalah ini. Para Pengawas harus duty awal sekurang-kurangnya pada jam 7.05am. Pengawas yang menjaga di Blok C and Blok D, pastikan pengawas menjaga pintu tangga, jangan memberikan pelajar naik ke atas. Apabila perhimpunan rasmi bersurai, para pengawas harus membuat spot check kecil-kecilan pada pelajar sebelum mereka pulang ke kelas. Ketua Disiplin harus merancang 2 kumpulan pengawas bagi menjalankan sesi spot check ini. Jaring akan ditutup dan pelajar hanya boleh dibenarkan keluar dari kiri and kanan pintu dewan terbuka SSN Melaka sahaja. Lepas sesi spot check, satu mesyuarat umum akan dijalankan di dewan terbuka SSN. Kumpulan baru akan diagihkan, jadi para pengawas wajib menyertai mesyuarat ini.
0 comments:
Post a Comment